MelayuSejati

HASRAT SAYA
Assalamulaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim.

Tinggi lalang dari padi,
Tanda sawah tidak terjaga,
Mohon ampun sepuloh jari,
Kiranya hasrat ini melanggar budaya.

Sungguh tinggi terbang nya helang,
Mencari makan di bumi jua,
Sungguh banyak peninggalan nenek moyang,
Marilah sama melestarikan nya.

Tidak akan melayu hilang didunia,
Tidak akan merempat di bumi sendiri,
Melestarikan budaya tugas kita semua,
Berbangga lah kita menjadi melayusejati.

Saya dengan rasa rendah hati dan dengan niat untuk  ingin melestarikan budaya warisan   dan peninggalan nenek moyang saya orang Melayu dan menjelaskan hubung kait yang secara jelas antara orang Melayu dan orang Bunian berdasarkan pengetahuan yang saya timba dari perguruan. Maka saya dengan rasa rendah diri membina blog ini dengan penuh harapan agar banyak keilmuan dari datok nenek moyang  saya yang saya  tau dapat di manafaatkan oleh banyak orang. Saya juga memohon saudara ku yang lain dapat memberi sumbangan keilmuan  yang mereka ada untuk sama sama berbahagi pengetahuan agar ianya tidak pupus ditelan zaman. Keilmuan orang Melayu nusantara terlalu banyak tetapi oleh kerana tidak ada usaha untuk melestarikan nya  makanya sebahagian nya telah luput bersama alam.

Atas dorongan yang  kuat dari guru spritual saya Raja Ryzal Kelayang , atas bimbingan dan saranan beliau saya paparkan blog ini. Lebih penting lagi dengan keizinan dari suku orang Bunian yang telah beliau perolehi maka saya  namakan blog ini sebagai Blog Kampung Bunian.  Saya telah mengabdikan diri saya di perguruan Ilmu Ghoib Kampung Bunian Kelayang Riau  sebelum ini,maka blog ini saya nukilkan agar warisan nenek moyang saya dapat diketahui oleh  anak cucu cicit orang Melayu, malah jauh dari itu memahami dan dan mengenali orang Melayu, dan orang Bunian secara lebih dekat. Setelah banyak mempelajari mengenai warisan kelilmuan orang  Melayu  dan orang Bunian yang penuh dengan kehebatan, ghoib dan misteri di perguruan Ilmu Ghoib Kampung Bunian.

Dengan niat untuk melestarikan dan  membahagikan pengetahuan kepada anak cucu cicit orang melayu saya akan postingkan pengetahuan yang saya ada untuk dimanafaatkan oleh  banyak orang. Walaupun pengtahuan keilmuan ghaib saya tidak sebesar hama, namun lebih baik berbahagi dari menyimpan tanpa dapat diwarisi oleh anak cucu kita untuk satu  waktu akan datang.

Saya memohon  maaaf sekiranya dengan memaparkan semua yang di rahsiakan ini dianggap keterlaluan. Hasrat saya, saya ingin anak cucu orang melayu merasa bangga kerana mereka memiliki warisan dari nenek moyang  mereka yang kadang  jauh lebih  maju dan moden berbanding dengan perkembangan teknologi masa kini. Saya memberi satu contoh mudah secara hukum akal, apakah manusia mampu berjalan di air yang kedalaman air itu berpuloh meter. Jawab nya tidak mungkin berdasarkan hukum akal dan dan penjelasan hukum fizik moden. Namun ramai diantara datok nenek kita telah membuktikan nya dengan diluar kotak pemikiran akal biasa dan mereka mampu berjalan seperti itu. Nah anak anak moden akan mengatakan apakah itu benar atau satu cerita dongeng, kalau  benar mana bukti nya. Insyaalah saya akan lampir kan nanti satu foto sebagai satu pembuktian.   

Jauh dari semua itu tujuan blog ini juga ingin memberi penjelasan yang sejelasnya mengenai hubungkait antara kita orang  melayu dengan orang bunian.  Semoga dengan dipostingnya keilmuan orang Melayu dan keilmuan orang Bunian sekadar yang saya tau ini tidak akan menyinggung banyak pihak dan marilah kita sama sama berusaha melestarikan hasil usaha nenek moyang kita sejak zaman berzaman.

Salam hormat salam penuh kehangatan salam penuh rasa kasih sayang salam penuh keakraban dari saya yang bernama melayusejati.

Yang jauh kita dekatkan
Yang akan pupus kita lestarikan

Semua kita ada peranan
Yang buta datang bertongkat
Yang kaya naik BMW
Yang miskin meniti jalan
Itulah di antara fenomena kita orang melayu masa kini.