Assalamualaikum w.b.t.
Saya dilahirkan di Kelantan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan awal di Kota Bharu Kelantan, di Kuantan, Pahang dan juga di Kuala Lumpur.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dan menamatkan ijazah sarjana di Universiti Putra Malaysia. Saya pernah berkhidmat di perkhidmatan kerajaan sebelum berhenti dan menjalankan perniagaan sendiri.

Syukur Alhamdullilah dengan izin Allah saya telah berpeluang merantau ke pelusuk negara dan banyak menghabiskan waktu di Sabah juga Sarawak. Alhamdullilah dengan izin-Nya juga saya berkesempatan merantau mencari erti kehidupan ke seluruh kepulauan Indonesia.Saya pernah menjelajah hingga ke Pulau Sulawesi dan Button juga ke kepulauan Bali dan Lombok juga Kalimantan.Untuk menjadi lebih dewasa belajar lah dan bergurulah dengan alam itulah diantara pesan datok saya sewaktu beliau masih ada.
Pencarian erti kehidupan saya tidak terhenti dan satu saat beberapa tahun lalu saya menghabiskan waktu di Pekan Baru, Riau. Sesuatu yang tidak pernah saya ketahui sebelumnya saya telah dapati disana. Antaranya banyak sekali makallah dan penulisan lama mengenai orang Melayu tersimpan rapi dan menjadi warisan kebanggaan bangsa Melayu Riau. Bahasa melayu tua yang tidak pernah saya lihat tulisannya saya dapat lihat disana.
Akhirmya saya mengabdikan diri saya di Perguruan Tenaga Bathin Ilmu Ghaib Kampung Bunian yang terletak di komplek makam Raja Inderagiri.Lebih lengkapnya di Komplek Makam Raja Inderagiri, Pedalaman Desa Kelayang Perkampungan Suku Talang Mamak, Kecamatan Rakit Kulim, Riau, Sumatra.Terima kasih kepada guru saya yang merupakan guru spritual dan guru yang membimbingku dengan tidak pernah rasa jemu iaitu Raja Ryzal Kelayang .SH.MH . Beliau adalah seorang peguam yang disegani dan merupakan ketua perguruan di perguruan ini. Dari bimbinga nya telah terbuka tabir suatu demensi lain yang tidak pernah saya fikirkan selama ini.
Diantara keilmuan yang diajar disini adalah diajar membukakan semua tenaga ghaib suku pendalaman Riau. Perlu diketahui bahawa suku pendalaman Riau adalah merupakan suku bangsa Melayu. Juga melestarikan kaji makrifat semula jadi keTuhanan. Menghormati semua agama dan kepercayaan lain serta menggali secara intelektual rahsia rahsia ghaib secara jelas dan dapat di buktikan oleh pemikiran logik akal.

Terima kasih guru ku, kerana telah banyak mendewasakan saya. Sebelumnya saya cuma di dewasakan oleh usia dan Insya-Allah hari ini saya telah di dewasakan oleh keilmuan walaupun amat sedikit. Sekali lagi terima kasih atas ketentuan Allah saya telah diketemukan dengan guruku Raja Ryzal Kelayang SH.MH.(SH adalah Sarjana Hukum dan MH adalah Master Hukum)
Saya membuat satu kesimpulan bahawa logik akal bukanlah hanya cara untuk menghuraikan sesuatu permasalahan. Banyak perkara yang di luar logik akal, diluar kewarasan fikiran dan diluar rumus-rumus fizik atau kimia yang boleh dan mampu terjadi sesuatu kejadian.Sewaktu seorang teman ke rumah saya yang kebetulan beliau adalah jurutera eletrik lulusan dari universiti dari England mengingatkan saya supaya saya jangan terlalu percaya perkara yang diluar kotak akal fikiran.Dengan niat untuk mengingatkan beliau tentang itu saya mendemokan kepada beliau satu perkara diluar kotak pemikiran iaitu dengan cara memasukkan aliran elektrik 240 v ke tubuh saya dan saya minta beliau menggunakan test-pen untuk menguji tenaga elektrik tadi. Dengan izin Allah tidak terjadi apa-apa kesan pada saya.
Kesimpulan nya desawakan lah diri kita dengan mempelajari perkara yang bukan saja hanya secara lojik akal dan ingatlah, ingatlah bahawa hanya Allah Yang Maha Mengetahui Rahsianya.